Warga emas ditangkap jual nombor ekor haram - Utusan Malaysia

Warga emas ditangkap jual nombor ekor haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMBANG 4 Jun – Seorang lelaki warga emas yang terlibat dalam aktiviti penjualan nombor ekor haram di sini dicekup polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Bukhori Saffai berkata, warga emas berusia 59 tahun tersebut ditahan pada pukul 12.38 tengah hari di Jalan Wayang dalam Ops Dadu yang dijalankan.

“Suspek ditahan ketika menjalankan urusniaga menjual nombor ekor haram kepada pelanggannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita berjaya merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM400, telefon bimbit, serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti ini,” katanya di sini hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, operasi itu dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Limbang.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini