Wanita ditahan sebar ‘khabar palsu’ berkaitan Mesir - Utusan Malaysia

Wanita ditahan sebar ‘khabar palsu’ berkaitan Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH 4 Jun – Seorang pelancong Lebanon yang memuat naik video di Facebook dan mengadu mengenai gangguan seksual serta keadaan di negara ini, telah dirujuk ke mahkamah jenayah dan diarahkan untuk ditahan selama 15 hari.

Pelancong tersebut, Mona el-Mazboh telah ditahan sejak Khamis lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sejak video wanita berkenaan menjadi tular di media sosial.

Dalam video terbabit, Mona mendakwa diserang secara seksual oleh pemandu teksi dan lelaki di jalan, selain mengadu mengenai perkhidmatan restoran yang lemah menjelang Ramadan serta insiden duitnya dicuri ketika dia ke Mesir sebelum ini.

“Anda berhak menerima apa yang Sisi lakukan kepada kamu. Saya harap Tuhan akan menghantar seseorang yang lebih teruk daripada Sisi,” kata Mona merujuk kepada Presiden Mesir, Abdel Fattag al-Sisi dalam video berkenaan.

Agensi berita Reuters cuba mendapatkan komen atau pengesahan daripada Mona berhubung video tersebut, namun gagal.

Wanita berkenaan boleh dijatuhi hukuman penjara selama tiga hingga lima tahun sekiranya didapati bersalah.

Mona kemudiannya memuat naik video permohonan maaf kepada rakyat Mesir kerana kenyataannya itu.

Sementara itu, menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pendakwa raya awam, Mona didakwa kerana ‘menyebarkan khabar palsu yang boleh menjejaskan masyarakat dan agama’. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN