Wan Md. Hazlin Agyl turut tanding Ketua Pemuda Bahagian Seputeh - Utusan Malaysia

Wan Md. Hazlin Agyl turut tanding Ketua Pemuda Bahagian Seputeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Calon Ketua Pemuda UMNO, Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan turut bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh dalam Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO bahagian berkenaan di Kompleks Tun Abdul Ghafar Baba, Seputeh, di sini hari ini.

Beliau yang tiba ke mesyuarat berkenaan dengan berpakaian baju Melayu berwarna putih lengkap bersampin dan bersongkok bakal berhadapan dengan pertandingan satu lawan satu menentang Isharizar Ridhuan Ishak.

Wan Md. Hazlin Agyl berkata, keputusan itu dibuat olehnya agar pembaharuan yang berkesan dapat dilakukan bukan sahaja di peringkat pusat, malah di bahagiannya sendiri.

“Ini merupakan proses demokrasi dalam UMNO di mana sebagai perwakilan kita diberi pilihan untuk memilih pemimpin.

“Saya serah kepada tuhan untuk kemenangan bagi dua-dua jawatan. Jika orang yang memilih itu mahukan perubahan mereka akan pilih saya, katanya ketika ditemui Utusan Online, di sini.

Wan Md. Hazlin Agyl, 35, dan Isharizar Ridhuan, 36, berentap untuk menggantikan penyandang sebelumnya untuk jawatan terbabit, Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN