Wakil rakyat perlu hormati mandat - Azalina - Utusan Malaysia

Wakil rakyat perlu hormati mandat – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Setiap wakil rakyat yang dipilih perlu menghormati mandat diberikan rakyat atas tiket parti yang ditandingi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana tindakan wakil rakyat yang melompat parti hanya melemahkan sistem demokrasi di negara ini.

Malah, katanya, terdapat golongan yang didapati mendesak wakil-wakil rakyat ini supaya meletak jawatan yang mana tindakan itu perlu diberhentikan segera.

“Tidak kira dari parti yang mana akar umbi memerlukan pemimpin yang setia dan sedia berkorban untuk rakyat bukannya yang hanya pentingkan diri sendiri. Tindakan yang tidak berprinsip ini harus ditolak oleh semua pihak kerana ia menggadai prinsip demokrasi yang diamalkan selama ini.

“Walaupun tiada mana-mana undang-undang yang menghalang mana-mana wakil rakyat untuk keluar parti atas prinsip kebebasan berpersatuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun, setiap wakil rakyat mempunyai tanggungjawab moral terhadap pilihan dan kepercayaan pengundi serta sentiasa berpegang kepada amanah dan mandat yang diberikan oleh pengundi-pengundi di kawasan tersebut,” katanya di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas tindakan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang cenderung keluar parti selepas gabungan parti yang memerintah lebih 60 tahun itu tewas pada PRU-14.

Terbaharu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal umum keluar BN serta UMNO dan akan menjadi wakil rakyat Bebas berkuat kuasa Ahad ini selain turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini