Viva bertembung lori, seorang maut - Utusan Malaysia

Viva bertembung lori, seorang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 1 Jun – Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan jenis Perodua Viva dan sebuah lori di kilometer 60 Jalan Tawau-Kunak, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.15 petang itu,  Perodua Viva itu dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya namun hilang kawalan selepas bertembung dengan lori tersebut dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Sopian Ridzwan Bacho, 29, cedera parah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kunak akibat kegagalan paru-paru berfungsi manakala rakannya, Norrahmat Salleh, 34, yang merupakan pemandu Perodua Viva mengalami cedera di muka dan tangan.

Sementara itu, pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan meskipun kenderaannya terbalik di tepi jalan dalam kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus, siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku ketika Perodua Viva itu dalam perjalanan dari Kunak  menghala ke Tawau.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu wanita Perodua Viva itu mengalami kecederaan di bahagian muka serta tangan kiri manakala penumpang yang duduk di bahagian hadapan sebelah kiri pemandu patah enam tulang rusuk, cedera bahagian dalaman dada dan disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Viva yang memotong kenderaan diekorinya ketika menghampiri jambatan sehingga gagal mengawal kenderaannya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Fadil menambah, siasatan lanjut mendapati pemandu Perodua Viva itu adalah pemegang kad pemegang dokumen Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13) dan tidak memiliki lesen memandu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN