KUALA LUMPUR 29 Jun – UMNO memerlukan seorang Presiden ‘zaman perang’ untuk bangkit daripada kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Perkara itu disuarakan oleh calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin yang percaya parti itu memerlukan seorang pemimpin bertenaga, mampu turun ke bawah mendampingi ahli akar umbi dan mendapatkan idea mereka untuk perubahan. Khairy berkata, UMNO juga memerlukan seorang Presiden yang tangkas bertindak, dinamik serta berani berdepan dengan pemimpin…










