[VIDEO] Tiga ditahan kes gaduh di Rawang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tiga ditahan kes gaduh di Rawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Tiga orang suspek ditangkap hari ini berhubung kes pergaduhan di Country Homes, Rawang, dekat sini kira-kira pukul 1.30 pagi yang tular dalam laman sosial semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…


Video Media Sosial

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek ditangkap di Kundang dekat sini.

“Siasatan awal mendapati kumpulan yang terlibat pergaduhan itu adalah daripada kumpulan 08 dan motif kejadian berkaitan dengan masalah kawasan penjualan dadah.

“Ketua mereka yang menggunakan gelaran Datuk Seri dan beberapa pemimpin tertinggi kumpulan itu juga ditahan untuk tindakan jenayah terancang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) menerusi Op Spider sebelum ini.

“Kita juga percaya kumpulan ini berada dalam keadaan kucar kacir kerana masalah perebutan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Fadzil, pergaduhan semalam melibatkan sekumpulan lelaki bersama dua orang mangsa.

“Mangsa telah dipukul dan dilanggar dengan motosikal sebelum kedua-dua mereka disamun kumpulan lelaki tersebut.

“Mangsa pertama telah luka di kepala dan badan manakala mangsa kedua cedera ringan di beberapa bahagian badan,” jelasnya.

Ujarnya, sebuah motosikal dan dompet milik mangsa juga telah dilarikan.

Tambahnya, siasatan masih diteruskan dan saki baki suspek juga akan terus diburu. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN