[VIDEO] Nuar Ayam dihukum gantung sampai mati - Utusan Malaysia

[VIDEO] Nuar Ayam dihukum gantung sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 27 Jun – Seorang penjenayah yang paling dikehendaki dikenali sebagai Nuar Ayam dijatuhkan hukuman penjara gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menembak mati seorang pemilik kedai peralatan binaan tiga tahun lalu.

Nuar Ayam atau nama sebenarnya, Anuar Mohamed, 40, didapati bersalah melepaskan lima das tembakan dengan niat untuk menyebabkan kematian Mustaffa Sidik, 52, di sebuah kedai di Beris Lalang di sini pada pukul 5.50 petang, 5 Februari 2015.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap tertuduh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad dalam keputusannya berkata, pada prosiding yang lalu pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kes dan tertuduh telah memberi keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi tanpa ada saksi lain untuk memberi keterangan sokongan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shaharaliza Ab. Razak manakala tertuduh diwakili peguam Nordiana Mohd.

Nuar Ayam menjadi penjenayah yang paling dikehendaki polis Kelantan kerana pembabitan dalam 23 kesalahan jenayah samun, pemerasan dan rogol. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini