KOTA BHARU 27 Jun – Seorang penjenayah yang paling dikehendaki dikenali sebagai Nuar Ayam dijatuhkan hukuman penjara gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menembak mati seorang pemilik kedai peralatan binaan tiga tahun lalu. Nuar Ayam atau nama sebenarnya, Anuar Mohamed, 40, didapati bersalah melepaskan lima das tembakan dengan niat untuk menyebabkan kematian Mustaffa Sidik, 52, di sebuah kedai di Beris Lalang di sini pada pukul…










