[VIDEO] MPSB raikan anak yatim dan pelajar tahfiz - Utusan Malaysia

[VIDEO] MPSB raikan anak yatim dan pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Jun – Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB) hari ini memberikan sumbangan wang tunai sebanyak RM15,000 beserta pelbagai barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri kepada 91 anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pelajar pusat pendidikan al-Quran.

Penerima terdiri daripada 30 penghuni Sekolah Tahfiz Anak Yatim, Beranang dan 40 penghuni Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sijangkang, Selangor selain 21 orang pelajar Pusat Pendidikan Al-Quran AlMuqarabbin dari Pekan, Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Datuk Zaharah Selamat berkata, semua anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pelajar pusat pendidikan al-Quran itu turut menerima sumbangan duit raya dan pakaian baharu bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Mereka diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama-sama kakitangan MPSB di Dewan Bora Ombak, Marina Putrajaya selain turut dibawa menikmati pelayaran menaiki Cruise Tasik Putrajaya selama 45 minit.

“Kami sangat berbesar hati dan berasa bersyukur dapat berkongsi rezeki serta menghulurkan sumbangan kepada ketiga-tiga rumah ini melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan,” katanya ketika ditemui Utusan Online, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN