KUALA LUMPUR 11 Jun – Setiap kali tiba musim perayaan Aidilfitri, pengusaha Lemang Periuk Kera 4 Beradik, Mimi Mahmud, 44, pasti tidak menang tangan menyiapkan tempahan lemang periuk kera yang kini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada orang ramai. Katanya, idea untuk mengusahakan lemang periuk kera bermula apabila kakaknya menyediakan hidangan unik itu pada tahun 2015. Pertama kali merasa hidangan tersebut, dia terus ‘jatuh cinta’ dengan rasanya yang cukup lemak…










