KUALA LUMPUR 12 Jun – Berbaki dua hari lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bahang kemeriahannya semakin dirasai di sana-sini. Beberapa jalan raya utama di ibu negara terus sesak namun keadaannya masih terkawal. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kesesakan itu disebabkan masih ramai warga kota mengambil kesempatan membeli-belah kelengkapan hari raya di saat-saat akhir sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing. Sehingga pukul 4 petang tadi, jumlah kenderaan…










