KUALA LUMPUR 27 Jun – Kenderaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat keluar dari kediamannya kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.
Kenderaan jenis Toyota Vellfire tersebut diiringi seorang anggota polis bermotosikal dan sebuah Proton Preve.
Semalam, hampir 30 petugas media daripada pelbagai agensi berkumpul sejak pukul 5 petang kerana terdapat dakwaan bahawa polis akan melakukan tangkapan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini. – UTUSAN ONLINE.











