MENJENGAH ke penghujung Ramadan, kesibukan menyiapkan kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri semakin terasa dan pastinya kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira di saat ini. Bagaimanapun bagi anak-anak yatim piatu atau datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, perasaan dan persiapan mereka pastinya tidak sama seperti kanak-kanak lain. Justeru baru-baru ini, Persatuan Pegawai Tadbir dan Ihtisas (Pragmatis) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Musa Ahmad menziarahi mereka bagi…










