[VIDEO] Dr. Mahathir diberi sambutan rasmi oleh Jokowi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dr. Mahathir diberi sambutan rasmi oleh Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 28 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dalam lawatan rasmi di negara ini diberi sambutan rasmi oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi di Istana Presiden di Bogor, Jawa Barat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Upacara pada pukul 10.15 pagi waktu tempatan bermula dengan ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali di istana yang disambut oleh Jokowi dan isteri, Iriana Widodo.

Dr. Mahathir kemudian memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada Pasukan Pengamanan Presiden (Paspampres) diiringi 19 das tembakan meriam.

Kedua-dua pemimpin dari dua negara jiran terdekat itu kemudiannya menanam pokok Meranti di halaman istana.

Upacara menanam pokok itu sebagai tanda penghormatan tertinggi yang diberikan oleh pentadbiran Presiden Jokowi kepada Dr. Mahathir sebagai seorang negarawan terbilang.

Sejurus selesai menanam pokok Meranti di halaman Istana Presiden, Dr. Mahathir dan Jokowi mengadakan mesyuarat dua hala dengan delegasi kedua-dua negara.

Dr. Mahathir dan Jokowi juga dijangka mengadakan sidang akhbar bersama selepas mesyuarat berakhir.

Indonesia merupakan negara pertama di Asia Tenggara dikunjungi Dr. Mahathir selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat kali kedua pada 10 Mei lalu.

Petang ini, Dr. Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri yang menggangotai Majlis Perniagaan Indonesia – Malaysia sebelum pulang ke tanah air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN