[VIDEO] Campak anak elak ditahan polis - Utusan Malaysia

[VIDEO] Campak anak elak ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Seorang lelaki bertindak nekad mencampak anaknya yang baru berusia dua tahun sejauh kira-kira lima meter bagi mengelak ditahan polis dalam kejadian di Kampung Fajar, Hulu Kelang dekat sini kelmarin.

Lelaki berusia 27 tahun terbabit bagaimanapun berjaya ditahan bersama motosikal curi yang dinaiki.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam tersebut, suspek yang ketika itu sedang berkumpul berhampiran kawasan padang bersama beberapa rakannya tiba-tiba memecut motosikal ditunggangi bersama isteri dan anaknya selepas menyedari kehadiran pasukan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Motosikal tersebut kemudian terjatuh dan dia mencampakkan anak lelakinya selepas menyedari isterinya sudah melarikan diri dan dia dikepung polis.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati motosikal dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu selain dilaporkan hilang sejak April lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Taman Melawati, di sini hari ini.

Tambah Hamzah, suspek juga didapati positif dadah jenis amphetamine dan mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah.

Katanya, suspek ditahan reman sehingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini