[VIDEO] Batal perumahan komersial demi padang bola - Utusan Malaysia

[VIDEO] Batal perumahan komersial demi padang bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa membatalkan projek perumahan komersial di tapak padang bola sepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak di sini serta merta.


Video oleh AMIRUL AIMAN ANUAR

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Shahni Ismail berkata, kemenangan calon Pakatan Harapan di kawasan parlimen itu mencerminkan kepercayaan dan harapan penduduk agar padang bola sepak yang dimanfaatkan sejak 40 tahun dahulu dikembalikan.

Justeru katanya, Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu menghentikan projek pembinaan itu sejurus selepas peralihan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Keputusan meneruskan pembinaan perumahan tersebut terletak pada DBKL dan seharusnya selaku pihak berkuasa tempatan yang berkhidmat kepada kerajaan semasa, DBKL perlu menyokong aspirasi kerajaan.

“Projek berkenaan tidak memberi apa-apa kelebihan kepada penduduk setempat malah akan menambah kepadatan di kawasan itu selain menimbulkan pelbagai isu sosial jika kawasan riadah itu tidak dikembalikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di hadapan tapak projek berkenaan yang turut disertai kira-kira 50 belia Bandar Tun Razak dalam bantahan aman hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN