[VIDEO] 12,188 ditahan serbuan Op Dadu - Utusan Malaysia

[VIDEO] 12,188 ditahan serbuan Op Dadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mei – Polis Kontinjen Selangor mem­pergiatkan usaha membanteras kegiatan perjudian dalam talian dengan menahan 12,188 individu menerusi 9,101 serbuan Op Dadu yang dijalankan sejak 2016 sehingga 23 Mei lalu di seluruh negeri.

Dalam serbuan tersebut, polis merampas sebanyak 99,079 komputer yang diubah suai bagi aktiviti perjudian dalam talian yang dianggarkan bernilai RM923,694.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sepanjang tempoh tersebut, pihaknya telah membuka seba­nyak 8,467 kertas siasatan, manakala 6,957 daripada jumlah­ tersebut telah dihadapkan ke mahkamah.

“Bagi kejayaan OP Dadu di Ibu pejabat Daerah (IPD) Kajang, sebanyak 1,493 individu ditahan, manakala 12,346 komputer bernilai RM86,514 dirampas se­panjang tempoh sama. Seramai 922 individu daripada 992 kertas siasatan telah dituduh.

“Pihak polis akan menjalankan operasi secara berterusan bagi membanteras kegiatan perjudian di sekitar Selangor,” katanya selepas Majlis Pelupusan Barang Kes IPD Kajang di Balai Polis Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Yang turut hadir Majistret Mahkamah Kajang, Fazilatul Isma dan Ketua Penolong Pengarah (Siasatan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd. Shahril Che Saad.

Dalam majlis tersebut, Fadzil turut menandatangani dokumen pelupusan bersama Fazilatul sebagai tanda persetujuan melupuskan 14,300 barang-barang kes IPD Kajang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN