[VIDEO] 100 keluarga miskin terima bantuan SMP - Utusan Malaysia

[VIDEO] 100 keluarga miskin terima bantuan SMP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 5 Jun – Kira-kira 100 keluarga miskin yang berpendapatan RM500 ke bawah menerima bantuan bungkusan makanan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Ru, dekat sini, hari ini.

Mereka terdiri daripada ibu bapa dari sekitar pesisir pantai Semerak, Kampung Gong Manak, Kampung Sepulau, Gong Kulim, Cherang Ruku dan Tok Bali menerima beras dan lain-lain keperluan makanan.

Sumbangan itu dibekalkan Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) menerusi SK Dalam Ru itu disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), Rosidi Ramli.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Guru Besar SK Dalam Ru, Mohd. Zulkefli Nor, ibu bapa tersebut dipilih menerusi pangkalan data e-Kasih sekolah-sekolah yang berhampiran.

Katanya, SMP sebelum ini banyak menyalurkan sumbangan membantu membangunkan pendidikan di sekolah-sekolah luar bandar terutama di Kelantan dan Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini