MONTREAL 11 Jun – Sebastian Vettel merangkul kemenangan ke-50 dalam kariernya dan kembali merampas kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan dunia Formula Satu (F1), hari ini, setelah dia menyekat dominasi Lewis Hamilton pada Grand Prix Kanada. Juara dunia empat kali itu yang memandu jentera Ferrari dengan penuh keyakinan memastikan kedudukan petak utama yang dicatatnya buat kali ke-54 berjaya diterjemahkan kepada kemenangan, sementara pelumba Finland, Valtteri Bottas dari Mercedes dan pemandu Red Bull,…










