VCM lancarkan Volvo Car Leasing - Utusan Malaysia

VCM lancarkan Volvo Car Leasing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Jun – Volvo Car Malaysia (VCM) menandatangani perjanjian perkhidmatan pajakan dengan MyMotor (MYEG Fintech) dalam usaha syarikat itu memperkenalkan Volvo Car Leasing yang membolehkan orang ramai memiliki kereta Volvo tanpa perlu bimbang terhadap kekangan kewangan dalam perjanjian sewa beli.

Pengarah Urusan VCM, Lennart Stegland berkata, perkhidmatan berkenaan meliputi insurans, cukai jalan, kos penyelenggaraan dan jaminan.

Pada penghujung perjanjian pelanggan diberi pilihan sama ada untuk memilih model baharu, membeli kereta pada harga pasaran atau dengan Nilai Jaminan Masa Hadapan (FGV) atau memulangkannya kepada pengedar.

“Falsafah kami berkisar kepada keperluan masyarakat sekeliling berkenaan apa yang mereka inginkan. Dengan Volvo Car Leasing mereka mampu untuk memilih model yang sesuai dengan keperluan semasa atau mengikut citarasa masing-masing dan menukar model lain sekiranya mahu berbuat demikian.

“Program ini adalah untuk semua model kereta Volvo yang dijual di Malaysia. Pelanggan kini boleh membawa pulang Volvo baharu dengan bayaran bulanan serendah RM2,762 termasuk pakej insurans yang komprehensif, cukai jalan dan kos pembaikan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN