KUALA LUMPUR 27 Jun – Pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem meminta Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk mengkaji semula sistem servis baharu yang sedang digunakan selepas menyifatkan peraturan itu tidak adil buat pemain. V Shem bersama pasangannya Tan Wee Kiong mara ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Malaysia selepas menundukkan gandingan Thailand, Tinn Isriyanet-Kittisak Namdash 21-15, 21-10 semalam namun pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu berdepan kesukaran…










