Universiti terbuka: UiTM alu-alukan namun keselamatan diutamakan  - Utusan Malaysia

Universiti terbuka: UiTM alu-alukan namun keselamatan diutamakan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak pernah menghalang sebarang penglibatan pihak luar di universiti berkenaan selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada warganya,” kata Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said.

Menurutnya, pihak universiti sentiasa mengalu-alukan cadangan konsep universiti terbuka yang diperkatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik baru-baru ini. 

 “Kita mengalu-alukan saranan pihak Menteri Pendidikan agar UiTM membuka ruang kepada pihak luar untuk turut serta dalam program debat, forum atau wacana yang dianjurkan mahasiswa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun kita mengambil sikap berhati-hati atas faktor keselamatan pelajar-pelajar kita dalam soal ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rewang Ramadan Memasak Bubur Lambuk di Bangunan Canseleri di sini hari ini.

Hassan berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kementerian Pendidikan baru-baru ini yang menggesa semua universiti awam membuka akses kepada masyarakat luar sebagai mana amalan institusi pengajian tinggi terkemuka dunia seperti Harvard, Oxford dan Cambridge.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, naib-naib canselor dan timbalan-timbalan canselor juga dikehendaki tidak menghalang sebarang bentuk program debat, forum atau wacana yang dianjurkan mahasiswa.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, pihaknya tidak mahu elemen negatif seperti Daesh menyusup masuk ke dalam 35 kampus UiTM di seluruh negara kerana pihaknya pernah menghadapi kes sedemikian tahun lalu apabila ada bekas pelajarnya yang dikesan terlibat dengan ideologi kumpulan tersebut.

“Kita sebagai universiti yang mempunyai hampir 700,000 alumni di segenap pelusuk negara mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan kaum bumiputera terus mendapat pendidikan sewajarnya, selaras dengan akta sedia ada.

“Sebagai sebuah universiti untuk bumiputera, setiap perkara negatif akan memberi kesan kepada kita. Justeru kita mengalu-alukan sebarang program yang menyuburkan minda intelek dan menolak elemen negatif di sebalik keterbukaan tersebut,”‘katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini