Undang percanggahan tujuan utama pelantikan oleh Agong - Utusan Malaysia

Undang percanggahan tujuan utama pelantikan oleh Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jun – Lantikan Peguam Negara dalam kalangan orang bukan Islam akan mengundang percanggahan terhadap tujuan utama pelantikan jawatan tersebut oleh Yang di-Pertuan Agong.

KUALA LUMPUR 8 OGOS 2012, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar bercakap
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, perkara tersebut adalah kerana Seri Paduka perlu mengambil kira kepentingan dan kemaslahatan agama Islam dengan melantik individu yang mampu memelihara Islam pada setiap masa dan keadaan.

“PPMM berdiri teguh di belakang Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu dalam melaksanakan obligasi berperlembagaan untuk melantik seorang Peguam Negara yang akan menasihati baginda di dalam pelbagai perkara.

“Ini termasuklah kedudukan Seri Paduka dalam hal ehwal berkaitan dengan agama Islam, tiada konflik kepentingan dan mempunyai jati diri yang kukuh di samping ketaatan tidak berbelah bahagi kepada Raja dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN