UMNO serah kepada peguam urus harta rampasan  - Utusan Malaysia

UMNO serah kepada peguam urus harta rampasan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada pihak peguam untuk menguruskan barangan termasuk wang tunai yang dirampas oleh polis berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO memberitahu, perkara tersebut akan diselesaikan mengikut peraturan dan perundangan yang ditetapkan. 

“Kita serah kepada peguam untuk menguruskan dan mengaturkan mengikut peraturan serta perundangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan UMNO Melaka di Dewan Mini Bistari, Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron; calon Timbalan Presiden UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan serta calon-calon Naib Presiden UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Pada bulan lalu, UMNO meminta polis memulangkan baki sumbangan kempen dan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dirampas pihak berkuasa terbabit.

Selain itu, Najib dalam laporan polis yang dibuat turut mendakwa wang tunai yang dirampas dalam beberapa serbuan termasuk di kediaman peribadinya adalah wang sumbangan untuk kegunaan kempen pilihan raya.

Dalam perkembangan lain, Zahid yang juga calon Presiden UMNO berkata, beliau berjanji akan mempertahankan empat perkara iaitu agama Islam, Bahasa Melayu, institusi Raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembangaan. 

Jelas Zahid, beliau mahu hak-hak istimewa orang Melayu dipelihara tanpa menolak hak bangsa lain termasuk membuka pengambilan pelajar bagi semua kaum di  Universiti Teknologi Mara, isu tanah rezab Melayu dan pertikaian kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini