UMNO perlu segerakan bedah siasat - Tengku Razaleigh - Utusan Malaysia

UMNO perlu segerakan bedah siasat – Tengku Razaleigh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 27 Jun – Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa parti keramat itu harus segera melakukan bedah siasat terutama dalam mengenalpasti punca kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Tegasnya, perkara itu juga merupakan langkah pertama yang akan dilakukan beliau sekiranya terpilih sebagai presiden parti dalam pemilihan kelak.

“Setahu saya UMNO secara rasmi belum lagi buat bedah siasat mengenai kekalahan dalam PRU lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika terpilih sebagai presiden parti itu pertama yang akan kita lakukan. Kita nak tahu kenapa kita kalah?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menghadiri sesi ramah mesra bersama calon Presiden UMNO dan jamuan hari raya di sebuah hotel, di sini hari ini.

Mengulas lanjut kata beliau, UMNO tidak boleh menunggu lama untuk

bangkit daripada kekalahan itu termasuk menghadapi Pakatan Harapan (PH) yang kini menerajui kerajaan.

“Kita tidak boleh tunggu lama kerana sesuatu pergolakan dalam politik boleh berlaku bila masa tidak perlu tunggu lima atau 10 tahun. Jadi kita perlu pastikan UMNO sentiasa bersedia dan pikul tanggungjawab demi rakyat.

“Dalam politik boleh berlaku apa saja. Tiba-tiba katalah berlaku sesuatu pergolakan, UMNO sudah bersiap-sedia untuk ambil bahagian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini