BAGAN DATUK – UMNO telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar sebahagian daripada akaun parti yang dibekukan dapat diguna untuk tujuan pentadbiran dan pembayaran gaji. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan itu telah dikemukakan kepada SPRM semalam oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama barisan peguam yang dilantik. Menurutnya tindakan berkenaan harus dilakukan bagi membolehkan perbelanjaan yang telah ditentukan…