UMNO Cawangan KLCC buat laporan polis terhadap Guan Eng - Utusan Malaysia

UMNO Cawangan KLCC buat laporan polis terhadap Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – UMNO Cawangan KLCC tampil membuat laporan polis berhubung tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi kementeriannya dalam bahasa Mandarin yang disifatkan menghina kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ketuanya, Datuk Seri Dzulkarnain Taib berkata, tindakan Guan Eng seolah-olah cuba mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita kesal kerana Guan Eng sepatutnya lebih arif mengenai status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memandangkan beliau mempunyai pengalaman lama dalam arena politik negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Guan Eng sepatutnya tidak memperkecilkan bahasa Melayu dan menerima teguran pelbagai pihak atas kesilapan yang dilakukannya. Jika beliau masih ego dan menganggap bahasa Melayu sebagai perkara kecil, lebih elok lepaskan jawatannya sebagai Menteri Kewangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan polis terhadap Guan Eng di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini