KUALA LUMPUR 6 Jun – Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) akan terus memberi tumpuan kepada perniagaan sedia ada dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata, langkah tersebut mampu mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh syarikat. “Sebagai contoh, projek membekalkan tablet kepada para guru dapat membantu memberikan sumber pendapatan bagi tempoh dua tahun ini. Di samping itu, kita juga akan meneruskan projek-projek sedia ada seperti…










