Ujian poligraf tidak mampu selesaikan masalah - Utusan Malaysia

Ujian poligraf tidak mampu selesaikan masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ujian poligraf bertujuan mengesan pembohongan dilihat kurang praktikal dilaksanakan di dalam sektor awam kerana ia tidak mampu menyelesaikan masalah salah laku dan integriti kakitangan kerajaan.

Penganalisis keselamatan, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, ujian berkomputer itu lebih berbentuk subjektif selain tidak mempunyai data kukuh bagi membuktikan seseorang individu melakukan pemboho­ngan.

“Contohnya, jika seseorang penjawat awam perlu menjalani ujian tersebut dan dia gemuruh ketika menjawab soalan, data yang direkodkan itu disifatkan sebagai tidak adil kerana datanya menunjukkan dia gementar, bukannya berbohong.

“Mahkamah di dunia juga tidak menjadikan ujian tersebut sebagai mekanisme untuk mensabitkan seseorang terhadap sesuatu kesalahan. Oleh itu, ujian tersebut tidak praktikal untuk menyelesaikan masalah rasuah dan integriti penjawat awam,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN