SAINT PETERSBURG, Rusia 27 Jun – Lionel Messi melakukan perkara yang jarang dilakukan ketika Argentina berhenti berehat pada separuh masa dalam pertemuan menentang Nigeria awal pagi tadi, iaitu memberi ucapan dan kata-kata semangat kepada rakan sepasukannya. Pemain Terbaik Dunia lima kali itu jarang bersuara, namun hari ini dia menunjukkan contoh sebagai kapten Argentina apabila bukan sahaja meledak gol cantik yang membawa kepada kemenangan dramatik 2-1 dalam Kumpulan D, malah mengejutkan…










