PENGURUS pasukan Monster Yamaha Tech3, Herve Porncharal berpuas hati dengan keputusan yang diraih pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah selepas berjaya menduduki tempat ke-12 dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada Grand Prix (GP) Itali kelmarin. Hafizh yang memulakan perlumbaan di petak ke-14 mempamerkan aksi yang konsisten sepanjang saingan, namun pada dua pusingan terakhir, pelumba negara berusia 24 tahun itu dilihat lebih agresif apabila memecut laju dengan memintas pelumba Ducati, Tito Rabat…










