Tun Mahathir tiba di Alor Setar, dijadual menghadap Sultan Kedah - Utusan Malaysia

Tun Mahathir tiba di Alor Setar, dijadual menghadap Sultan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini bagi melakukan lawatan kerja rasmi yang memasuki hari kedua di negeri ini.

Beliau tiba bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Ketibaan Perdana Menteri itu disambut barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diketuai Datuk Amiruddin Hamzah serta ratusan rakyat negeri ini.

Mahathir dijadualkan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini pada pukul 2 petang ini.

Perdana Menteri pada semalam menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk Langkawi di Masjid Al-Hana di pulau peranginan itu.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada semalam diikuti perjumpaan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Langkawi pada pagi tadi sebelum berlepas ke Alor Setar.

Ia merupakan lawatan kerja rasmi pertama Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh berikutan kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN