Tun Mahathir nafi tidak bincang dengan Kabinet pembatalan HSR - Utusan Malaysia

Tun Mahathir nafi tidak bincang dengan Kabinet pembatalan HSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan dakwaan bahawa beliau tidak berbincang dengan Kabinet terlebih dahulu apabila mengumumkan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.

Beliau berkata, isu itu adalah sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan dan telah digunakan dalam kempen bagi pilihan raya umum pada 9 Mei.

“Tidak. Ini telah diputuskan oleh parti sejak awal lagi. Isu itu sebahagian kempen kami dan saya tidak akan lari daripada keputusan dibuat parti hanya kerana saya tidak dapat membentuk Kabinet lebih cepat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Perdana Menteri ditanya tentang dakwaan Barisan Nasional bahawa beliau tidak berbincang dengan Kabinet apabila mengumumkan pembatalan projek HSR.

Pada 28 Mei, Mahathir mengesahkan Malaysia akan membatalkan projek itu dan kemungkinan perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura.

Projek HSR yang membabitkan jarak 335 kilometer meliputi empat negeri akan menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura. Projek itu dijadual siap pada 2026. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN