Tun Faisal tawar diri jawatan Ahli Majlis Tertinggi - Utusan Malaysia

Tun Faisal tawar diri jawatan Ahli Majlis Tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jun – Bekas Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz pula menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti kali ini.

TUN FAISAL
TUN FAISAL

Tun Faisal yang juga bekas Exco Pemuda UMNO berkata, beliau berikrar akan mengukuhkan parti selaras dengan matlamat asalnya iaitu membela agama, bangsa dan tanah air.

Dalam masa sama katanya, beliau akan melaksanakan pengkaderan ahli selain menyusun semula operasi media sosial untuk UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan komited untuk bekerja keras bagi mengukuhkan dan memenangkan parti dalam pilihan raya umum akan datang selain berani bersuara memantau kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya juga akan menggerakkan usaha menggantikan kerajaan yang benar-benar membela rakyat dan menunaikan janji,” katanya dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Menurut Tun Faisal, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, UMNO tidak ditolak kerana perjuangannya membela Islam, institusi Raja-raja Melayu, orang Melayu dan rakyat Malaysia tetapi kerana rakyat hilang kepercayaan terhadap sesetengah pemimpinya.

“Walaupun UMNO perlu berubah, tetapi UMNO tidak boleh diubah menjadi sebuah parti sosialis dan menyokong fahaman liberlisme serta sekularisme semata-mata untuk mendapat undi,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini