LUMUT – Pejabat Agama Islam Daerah Manjung menahan tujuh lelaki beragama Islam kerana tidak berpuasa dalam operasi yang dijalankan sejak 1 Ramadan sehingga Jumaat lalu di sekitar daerah Manjung. Ketua Penguat kuasa Agama daerah Manjung, Hafez Rezal Abd. Manan berkata, operasi dijalankan di beberapa kedai makan termasuk di Sitiawan, Kampung Koh, Pantai Remis, Beruas dan Kampung Jering. Katanya, kesemua lelaki yang ditahan berumur 45 tahun ke atas. “Kebanyakan mereka makan di…










