SHAH ALAM – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan tuduhan bahawa beliau dan isteri memiliki ratusan juta ringgit dalam beberapa akaun bank di luar negara sebagai jelas berniat jahat dan bertujuan untuk mencemarkan reputasinya. Beliau berkata, individu atau pihak terbabit sepatutnya tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai bukti dan bukannya membuat tuduhan tidak berasas. “Jika mana-mana individu atau pihak yang yakin mempunyai bukti kukuh,…











