SINGAPURA 10 Jun- Presiden Amerika Syarikat ( AS) , Donald Trump dijadualkan bertemu Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong diikuti mesyuarat dua hala dan makan tengah hari, esok.
Agensi berita Singapura , Today Online memetik kenyataan White House dengan berkata, mengikut jadual rasmi Trump, mesyuarat rasmi dan makan tengah hari akan diadakan di istana presiden pada pukul 2 petang (waktu tempatan).
Trump juga dijangka mengadakan pertemuan dengan kakitangan Kedutaan AS di Singapura pada hari yang sama. -AGENSI










