JERANTUT – Lalu lintas terganggu di Jalan Jerantut-Kuala Lipis dekat Kampung Sungai Kerak, Kuala Tembeling di sini selepas sebuah treler membawa muatan anak pokok kelapa sawit terbalik dalam kejadian pukul 8.50 pagi tadi.
Kejadian tersebut menyebabkan kelancaran lalu lintas di jalan utama ke Kuala Lipis itu terganggu sepenuhnya apabila treler tersebut merentangi keseluruhan laluan kedua-dua arah.
Menurut saksi yang juga penduduk tempatan, Abang Arin, 50, kejadian berlaku selepas treler yang datang dari arah Jerantut itu terbalik ketika mendaki bukit di laluan tersebut.
“Pemandu hanya cedera ringan. Orang ramai yang menggunakan laluan ini untuk ke Kuala Lipis perlu menggunakan laluan lain,” katanya semasa ditemui di tempat kejadian. – K! ONLINE










