KUALA LUMPUR 22 Jun – Transformasi besar perlu dilakukan dalam UMNO untuk memastikan parti berkenaan terus kekal relevan pada masa hadapan. Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inilah saat terbaik bagi UMNO untuk melakukan muhasabah. “Kalau kita merasakan bahawa kelekaan dan kealpaan kita ketika berada di tampuk kuasa dulu, kita mengatakan bahawa ‘money is everything’ dan ‘cash is king’, kita bergelombang dalam banyak aspek yang negatif…










