Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama - PLUS - Utusan Malaysia

Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama – PLUS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat pukul 12 tengahari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Bhd. berkata, trafik perlahan dari Sungai Buloh menuju ke Rawang sehingga Sungai Buaya, Bukit Tagar ke Lembah Beringin sehingga Tanjung Malim, Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng, Ipoh ke Terowong Menora dan Kuala Kangsar menuju ke Changkat Jering.

“Trafik turut perlahan dari Bangi ke Putra Mahkota sehingga Nilai, Seremban ke Pedas Linggi dan Skudai menuju ke Sedenak,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia berkata, semua lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah turut dilaporkan lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN