KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 pagi hari ini perlahan berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut esok. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan di utara dari Simpang Pulai menuju ke Jelapang, Terowong Menora ke Sungai Perak, Bukit Tagar ke Lembah Beringin, Slim River ke Sungkai hingga kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ladang Bikam, Bidor menuju ke Tapah sehingga Gopeng. “Trafik di arah selatan setakat ini masih terkawal dan lancar kecuali di Tambak Johor dari Malaysia menuju ke Singapura,” katanya ketika dihubungi Bernama. Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya…










