TPM beri jaminan pelaksanaan KWSP suri rumah - Utusan Malaysia

TPM beri jaminan pelaksanaan KWSP suri rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 4 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah akan tetap dilaksanakan walaupun kerajaan berdepan dengan cabaran untuk menyediakan dana.

Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau antaranya telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung perkara tersebut.

“Saya ada berbincang dengan Menteri Kewangan dan kita sedikit terpaksa memikirkan mengenai dana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi saya dapat jaminan daripada Menteri Kewangan, dan Insya-Allah kita akan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Puspanitapuri di sini hari ini.

Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kementeriannya menyokong penuh inisiatif bagi memperkenalkan Skim KWSP untuk suri rumah yang digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ujar Guan Eng, skim itu dijangka bermula tahun ini dengan dilaksanakan secara sukarela yang mana membabitkan pemindahan dua peratus daripada caruman KWSP suami sedia ada kepada akaun KWSP suri rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini