KUALA LUMPUR 19 Jun – Pendapatan jualan Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove) meningkat 26.6 peratus dari tahun ke tahun kepada RM1.1 bilion bagi suku ketiga berakhir 31 Mei 2018, pertama kali melepasi angka RM1 bilion dalam suku tahunan. Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Dr. Lim Wee Chai berkata, keuntungan sebelum cukai meningkat 46.7 peratus kepada RM134.2 juta, manakala keuntungan selepas cukai melonjak 54.1 peratus kepada RM119.4 juta pada…










