Tite persenda 
keputusan pengadil - Utusan Malaysia

Tite persenda 
keputusan pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT PETERSBURG – Jurulatih Brazil, Tite mengakui tidak terkesan dengan keputusan pengadil perlawanan yang enggan memberi sepakan penalti kepada skuadnya selepas Neymar dikasari pada minit ke-79 pada aksi kedua kumpulan E menentang Costa Rica kelmarin.

Sebaiknya pengendali berusia 57 tahun itu berkata, mereka tidak memerlukan bantuan daripada pengadil perlawanan untuk memenangi aksi ber­kenaan yang memihak kepada Brazil menerusi jaringan 2-0.

“Kami tidak memerlukan bantuan daripada pengadil untuk memenangi perlawanan itu kerana kami mahu setiap perlawanan dilangsungkan dengan adil. Saya ada lihat insiden tersebut dan percaya keputusan yang dilakukan oleh pe­ngadil perlawanan adalah adil.

“Saya hormati keputusan pengadil. Ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa Brazil tidak memerlukan bantuan sesiapa untuk menang kerana kami adalah antara yang terbaik,” katanya.

Pada saingan yang berlangsung di Stadium Saint Petersburg itu, Neymar ditarik dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan, Giancarlo Gonzalez pada minit ke-79 yang memerlukan pengadil melihat rakaman aksi tersebut menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Bagaimanapun, keputusan untuk menghadiahkan sepakan penalti ditarik balik selepas mendapati Neymar seolah-olah sengaja menjatuhkan badan walaupun ada sedikit sentuhan daripada Gonzalez.

Insiden tersebut telah memberi kesan psikologi kepada Brazil untuk melancarkan serangan memburu gol yang mana mereka akhirnya berjaya meledakkan dua gol pada waktu kecederaan masing-masing menerusi Philippe Coutinho serta Neymar.

Dalam pada itu, Coutinho yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan mendedahkan aksi tersebut memerlukan kesabaran yang tinggi dalam kalangan pemain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN