Tindakan parti keluar BN serius – Ku Li - Utusan Malaysia

Tindakan parti keluar BN serius – Ku Li

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 24
Jun – Tin­­dakan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) 
yang membuat keputusan keluar daripada gabungan itu disifatkan sebagai serius dan tidak 
sepatutnya berlaku.

Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, sebagai jalan terbaik, mesyuarat 
sepatutnya diadakan sesama pe­mimpin parti-parti komponen BN dalam usaha menangani 
masalah yang dihadapi sekali gus mengelak berlaku gejala keluar parti.

Bagaimanapun kata beliau, malangnya usaha mengadakan mesyuarat atau perbincangan 
mengenai perkara itu tidak berlaku sehingga menyebabkan satu persatu parti komponen BN 
akhirnya bertindak keluar daripada pakatan itu.

“Memang sepatutnya tak berlaku (keluar daripada BN), sepatutnya diadakan mesyuarat sesama 
pemimpin parti komponen. Tapi kita tak dengar pun pemimpin adakan mesyuarat untuk bincang 
mengenai masa depan BN sesudah kalah dalam pilihan raya (PRU-14).

“(Tapi) tiba-tiba kita dengar parti itu parti ini tarik diri daripada BN dan apakah ini patut?
Memanglah dia ada hak tarik diri tapi sekurang-kurangnya biarlah ada perbincangan. Kita dengar 
pula hari ini ada wakil rakyat UMNO sendiri telah keluar parti, ini perkara serius,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menyatakan perkara itu selepas menjayakan Majlis 
Ramah Mesra Bersama Calon Presiden UMNO Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah di Primula 
Hotel di sini hari ini.

Tengku Razaleigh diminta mengulas tindakan parti Gerakan yang memutuskan keluar BN semalam setelah mengambil kira pelbagai faktor susulan kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Gerakan dalam satu kenya­taannya semalam memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti berkenaan semalam.

Beliau seterusnya menegaskan, setiap pemimpin parti komponen BN perlu sentiasa mengadakan perbincangan sesama mereka bagi menangani segala permasalahan parti demi kepentingan bersama dan masa depan BN.

“Takkan kita nak biarkan perkara ini berterusan, kita mesti berbincang apa masalah dihadapi, sebagai wakil rakyat kepada beribu pengundi, kita tak mahu duduk berpeluk tubuh saja membiarkan wakil rakyat ambil sikap sendiri dengan keluar parti. Kita tak boleh pandang ringan perkara ini,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN