SEPANG 28 Jun – Kementerian Pengangkutan mengarahkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk mengenal pasti syarikat-syarikat penerbangan yang mengenakan caj-caj tersembunyi kepada pengguna. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap syarikat-syarikat yang didapati mengenakan caj-caj seumpama itu. Menurutnya, langkah tegas itu adalah bagi memastikan golongan pengguna tidak lagi dikenakan caj-caj tersembunyi yang membebankan mereka. “Ini semuanya kita akan lihat kembali kerana caj-caj tersembunyi ini adalah sesuatu yang…










