Tiket-tiket KTMB masih boleh diperoleh - Utusan Malaysia

Tiket-tiket KTMB masih boleh diperoleh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 11 Jun – Orang ramai masih berpeluang untuk pulang ke kampung berhari raya kerana tiket-tiket untuk semua perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih ada.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Rani Hisham Samsudin berkata, masih terdapat baki sebanyak 44,913 tiket daripada 212,436 tiket untuk perkhidmatan ETS semua sektor dari tarikh 7 sehingga 24 Jun ini. 

“Manakala untuk perkhidmatan KTM Intercity untuk tarikh yang sama, masih terdapat sebanyak 13,230 tiket daripada keseluruhan sebanyak 25,920 tiket. 

“Untuk perkhidmatan  ETS Tambahan dari tarikh 12 sehingga 24 Jun sebanyak 8,257 tiket masih berbaki dan perkhidmatan Lambaian Aidilfitri pada tarikh 20 Jun masih terdapat 203 baki tiket,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis KTMB Berhad agih 1,000 pek Hari Raya kepada para penumpang ETS dan komuter KTMB yang disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Stesen KL Sentral di sini, hari ini. 

Sebelum itu, Siew Fook dibawa melawat ke bilik kawalan KTMB bagi melihat sendiri operasi KTMB. – UTUSAN ONLINE


Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini