Tiket percuma separuh akhir Piala FA PKNP FC menentang Pahang di Stadium Perak esok - Utusan Malaysia

Tiket percuma separuh akhir Piala FA PKNP FC menentang Pahang di Stadium Perak esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kerajaan negeri Perak mengumumkan pemberian tiket masuk ke stadium secara percuma kepada semua penyokong Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) menentang Pahang dalam saingan separuh akhir Piala FA di Stadium Perak di sini malam esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu membuat pengumuman tersebut melalui rakaman video yang dimuat naik di laman rasmi media sosial PKNP FC sejak sejam yang lalu. 

“Kami membuat keputusan untuk membuka pintu seluas-luasnya kepada para peminat untuk masuk secara percuma bagi menyaksikan perlawanan tersebut. 

“Bagaimanapun peminat perlu memberikan sokongan penuh kepada para pemain kita yang akan menjulang nama baik negeri Perak,” katanya. 

Ahmad Faizal turut mendoakan agar PKNP FC mendapat kemenangan dalam perlawanan timbal balik tersebut. 

“Kepada semua pemain yang akan bertarung, saya mendoakan kita mendapat kemenangan. 

“Namun apa yang lebih penting, para pemain perlu beraksi dengan bersungguh-sungguh di atas padang dengan mempersembahkan semangat juang yang kuat dan disiplin yang baik,” jelasnya. 

Dalam perlawanan pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu minggu lalu, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN