IPOH – Kerajaan negeri Perak mengumumkan pemberian tiket masuk ke stadium secara percuma kepada semua penyokong Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) menentang Pahang dalam saingan separuh akhir Piala FA di Stadium Perak di sini malam esok. Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu membuat pengumuman tersebut melalui rakaman video yang dimuat naik di laman rasmi media sosial PKNP FC sejak sejam yang lalu. “Kami membuat keputusan untuk membuka pintu…